Saturday, February 27, 2010

Kisah Percintaan Dunia

Baiklah, nukilan Hari ini tentang perasaan. permainan perasaan manusia yang sering tak tumpah dengan cuaca malaysia. kejap panas, kejap hujan.

ketika bercinta, kononnya saat bunga tengah mekar, kalau boleh mulut kita semanis madu. kalau boleh penggunaan kata ganti diri pertama dan kedua tidak digunakan. sebolehnya mencipta kata ganti diri yang sendiri mengikut kreativiti masing masing : 'sayang, bi, mucuk, nenek, muncit, gemok' dan lain lain lagi. sigh~ remaja nowadays..hah!


tapi,


kalau bergaduh mengalahkan cerita troy. lidah pisau berusaha menikam hati pasangan masing2. otak diperah perah memikir ayat nak menang. habis madu disepah buang bak kata bapak dolah.<--hey! bapak dolah! kalau boleh masing masing menggunakan ayat sekeras keras tulang. "weyh, ngko ni kan..! &^$#@!!" bukan guna sayang sudah, bukan hubby mahupun nenek, atuk muncit dan sebagainya. tetapi 'ngko'. bukan 'kau', atau 'ko', tapi 'ngko'<-- sebutan dia 'enggggko' kononnya nak menunjukkan sekeras keras perasaan time tuh.


tapi,


bila hujan dah reda. pipi dah masin. baru tegar balik. mula la wusha handphone masing masing. menunggu pujuk rayu olehnya. kali ni pertandingan ego pula. selalunya siapa yang paling cepat mengalah ? laki ke pompuan ? dua dua samo jo. kemudian selepas menyibukkan diri dengan menaip status di Facebook, Myspace ataupun Yahoo seperti : "argh...tension!!" , "i dont believe in love anymore" , " sial punye jantan!" , "awek aku menyusahkan" , "thinkin of being lesbian.." dan macam macam lagi.


tiba tiba,


"mail mothafucka!"<--ini ringtone sms

melonjak lonjak ke handphone dengan harapan setinggi 7 petala langit mesej tu dari tersayang. tapi, " mak suruh pergi beli sayur bayam" . orang kata keadaan ni sebagai 'wrong timing' tengah frustasi, ada pulak hal lain. balik balik dibeli bukan bayam, tapi kacang panjang.


sekali lagi,


"mail mothafucka!"<--ini ringtone sms

kali ini memang dari awek/balak korang. "finally i realise, i'm nothing without you, forgive meh"<--ini lirik opening lagu Bing Bang - Haru Haru. cuba dengar, baru feel sikit~ orang tu pun maafkan : "jom dating !" esoknya pun gi dating. buat dosa sikit sikit. geli sikit. happy happy. esok esok keadaan sama berulaaaang lagi on and on. tak letih kea ?

manusia. perasaan manusia. kadang kadang memang tak dapat dikawal. sekejap suka sekejap gaduh. sekejap nangis, sekejap gembira. bila putus cinta, cari baru. bila pulau kawan, kawan balik. bila tumbuk kawan, kene tumbuk balik.









-Dipetik dari Keyrana's post

2 comments:

Fafa said...

HAHAHA TRUE THAT ! xD

Ataticu said...

Hahahaha.
yea kan kaan ?

1 votes :D